Welcome to Ruema Awan Nano Kitchen

where everyone can taste happiness

View Our Menu

About Us

Selamat datang ke Ruema Awan Nano Kitchen! Di sini, anda boleh menikmati gabungan rasa Timur, Barat dan Melayu yang penuh selera. Kalau nak chill, jom singgah ke kafe kami – kopi panas, pastri rangup & kek manis menanti. Nak buat majlis? Glass House Event Hall kami sedia menjadikan hari istimewa anda lebih bermakna. Di Ruema Awan Nano, kami percaya makanan bukan sekadar pengisian perut, tetapi pengalaman yang menghubungkan rasa, jiwa dan kenangan. Moto kami ialah “now everyone can taste happiness” kerana setiap orang berhak menikmati hidangan berkualiti tanpa perlu risau soal bajet.

Our Services

Glasshouse Event Booking

Mencari tempat istimewa untuk acara anda? ✨ Ruema Awan Nano Glasshouse sedia menerima sehingga 100 tetamu dalam suasana yang selesa dan eksklusif. Sama ada majlis kahwin, tunang, sambutan hari lahir, reunion ataupun event korporat – ruang ini sesuai untuk semua. Dengan dekorasi moden dan suasana tenang, setiap detik di sini pasti jadi lebih bermakna.

Our Event Spaces

Pakej Event Kami

View Our Package

📄 Event Package (pdf) 📄 Wedding Package (pdf)

Terma & Syarat Tempahan

Pertanyaan & Sebut Harga

  1. Tarikh, masa (4 jam) serta anggaran bilangan tetamu hendaklah dimaklumkan semasa pertanyaan awal.
  2. Quotation rasmi akan dikeluarkan oleh pihak Ruema Awan Nano Kitchen yang merangkumi harga pakej, masa penggunaan serta terma dan syarat tempahan.

Borang Tempahan

  1. Semua tempahan hendaklah dibuat melalui borang rasmi (Google Form) yang disediakan.

Pengesahan Tempahan (Deposit)

  1. Tempahan hanya dianggap sah selepas pihak kami menerima bayaran deposit.
  2. Jumlah deposit adalah 50% daripada jumlah keseluruhan pakej.
  3. Deposit hendaklah dijelaskan dalam tempoh yang ditetapkan (48 jam / sekurang-kurangnya 2 bulan sebelum tarikh acara, bergantung kepada jenis event).
  4. Bukti pembayaran (resit) perlu dikemukakan kepada pihak kami.
  5. Tempahan adalah tidak sah tanpa resit pembayaran deposit.

Bayaran Penuh

  1. Baki bayaran penuh hendaklah dijelaskan selewat-lewatnya 2 minggu / 1 bulan sebelum tarikh acara.
  2. Kegagalan menjelaskan bayaran penuh dalam tempoh yang ditetapkan boleh menyebabkan tempahan dibatalkan tanpa pemulangan deposit.

Pembatalan / Penangguhan

  1. Deposit tidak akan dipulangkan sekiranya pembatalan dibuat dalam tempoh 7–14 hari sebelum tarikh acara.
  2. Penangguhan tarikh hanya dibenarkan sekiranya tarikh baharu masih tersedia.
  3. Sebarang perubahan tarikh atau maklumat hendaklah dimaklumkan sekurang-kurangnya 14 hari sebelum acara.

Hari Acara Berlangsung

  1. Penggunaan Glasshouse adalah terhad kepada 4 jam sahaja (Half Day).
  2. Tiada pilihan penggunaan Full Day.
  3. Caj lanjutan akan dikenakan sebanyak RM50 sejam sekiranya penggunaan melebihi had masa yang ditetapkan.
  4. Sekiranya lanjutan masa memerlukan tambahan perkhidmatan makanan, minuman atau waiter, caj tambahan akan dimaklumkan dalam quotation.
  5. Caj lanjutan hendaklah dijelaskan serta-merta selepas acara berlangsung.

Sila pastikan anda membaca terma dan syarat penuh yang disertakan dalam pakej PDF. Sekiranya ada sebarang pertanyaan atau perkara yang kurang jelas, pihak kami sedia membantu.

Have Any Questions?

Our team is ready to assist you with any inquiries about our events, packages, or booking process.

Chat Us on WhatsApp

Typically respond within 1 hour during the working hour

Feelin certain?Book your event!

Please fill out our booking form to inquire about availability and pricing for your event:

Prefer to open the form in a new window?

Open Booking Form in New Window

Contact Us

Address

Jalan Perusahaan, 09000

Kulim, Kedah

Phone

Call

+60 10-3879827

WhatsApp

Chat us!

Hours

BUKA SETIAP HARI

Waktu Pejabat: 9am - 6pm

Waktu Operasi: 7am - 11pm

Find Us